Bahasa

Topik : Sumbangan pada masyarakat (4 Mac 2013)

Para pelajar arif budiman,

Guru akan memberikan teks-teks berikut.  Sila baca ketiga-tiga teks bacaan tersebut.






Kemudian, kamu dikehendaki mengaplikasikan sekurang-kurangnya dua peribahasa yang sesuai dalam konteks penulisan.  Kamu boleh merujuh pada tajuk-tajuk penulisan ini.

Penulisan

  • Deskriptif - Kamu mengenali seorang rakan maya.  Setelah mengenalinya lebih rapat, kamu dapati beliau adalah golongan orang kurang upaya.  Sebagai rakan maya yang prihatin, kamu ingin membantunya.  Ceritakan bagaimana kamu membantu rakan maya kamu itu.
  • Ekspositori - Cara-cara membantu golongan kurang upaya dalam masyarakat.
  • Naratif - Tuliskan sebuah cerita tentang seorang remaja kurang upaya yang menjadi inspirasi masyarakat.



Peribahasa-peribahasa yang dipilih perlulah disertakan dengan penjelasan daripada teks yang diberi.  Kamu boleh merujuk pada contoh yang diberi.


Contoh jawapan :
1.  Peribahasa - genggam bara api biar sampai jadi arang
Penjelasan :  Cik Suhana mempunyai cita-cita untuk membantu dirinya serta keluarganya.  Beliau tidak mudah putus asa walaupun beliau mempunyai kesukaran dalam pergerakan.  Sekarang beliau mampu berdikari dan mula berniaga secara kecil-kecilan.  Saya kagum dengan keupayaan Cik Suhana dalam mengharungi segala cabaran semata-mata ingin berdikari.  Sikapnya boleh diibaratkan seperti genggam bara api biar sampai jadi arang.



Cara menjawab di ruang komen :
Penulisan Karangan Deskriptif/Ekspositori/Naratif

Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
1.  Peribahasa -
Penjelasan -

Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
2.  Peribahasa -
Penjelasan -


_____________________________________________________________

Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 9 malam, 5 Mac 2013.

Terima kasih.

Salam mesra
Cg Azizah.Ahmad

______________________________________________________________

Tugasan Ayat - 6 Febuari 2013


Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan yang perlu dibuat dalam kelas.  Kamu diberikan 10 minit untuk dapatkan dapatan berikut.  Letakkan dapatan kamu di ruang komen di bawah.


Ayat Tunggal: Mikhael
Ayat Pasif: Mohit
Ayat Aktif: Izzat
Ayat Aktif Transitif: M.Mirza
Ayat Aktif Tak Transitif: Abu
Ayat Majmuk : Aisyah




Terima kasih.

Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

__________________________________________




Golongan Kata : Kata Nama & Kata Kerja (5 Febuari)

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton video ini.  Kamu dikehendaki membuat aktiviti secara berpasangan/berkumpulan.








Kelas Bahasa Melayu - 4 Febuari 2013

Para pelajar arif budiman,

Ini ialah tugasan yang perlu disiapkan sementara menunggu kedatangan saya.

Sila rujuk pada dua lampiran nota - Golongan Kata - Kata & Frasa Adjektif & Golongan Kata - Kata & Frasa Sendi Nama.

1.  Tugasan Kata Adjektif
- Sila rujuk pada Google Document ini dan letakkan dapatan kamu di ruang yang disediakan.
- Kamu boleh berbincang secara berpasangan atau berkumpulan sebelum memasukkan dapatan kamu.

2.  Tugasan Kata Sendi Nama
- Baca dan fahami nota yang diberikan.
- Kamu dikehendaki menyediakan dialog yang menggunakan Kata dan Frasa Sendi Nama yang berbeza.
-  Ini ialah pembahagian kumpulan.
- Aisyah & Abu; Mikhael & Mirza; Mohit & Izzat.

Selamat menyelesaikan tugasan.

Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad

25 ulasan:

  1. (ABU)

    Ada dua jenis Ayat Aktif Tak Transitif
    -keterangan yang boleh digugurkan
    -keterangan yang tidak boleh digugurkan

    Makna Ayat Aktif Tak Transitif : Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. (Tidak mempunyai objek)

    Contoh : Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan rancaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abu.

      1. KK Tak Transitif - berbual
      2. Penyamput - dengan rancaknya

      Padam
  2. Ayat Aktif (Izzat)
    1. Penerangan: Ayat aktif ialah ayat yang menekankan objek dan ada kata kerja yang berkawalan meN-.
    2. Contoh: Ibu Azeem sedang menjahit baju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izzat.

      1.Ayat Aktif = Subjek +Predikat
      2.KK Transitif = menjahit
      3.Objek = baju

      Padam
  3. Ayat Aktif Transitif (Mirza)

    1.Penerangan :Ayat yang menunjukkan sesuatu perbuatan. Ia menggunakan kata kerja transitif yang diikuti objek dalam bahagian predikatnya.

    2.Contoh: Ali menendang bola sepak kepada kawannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mirza.

      1. Bola sepak - sejenis sukan
      2. Pembetulan ayat contoh : Ali menendang bola kepada kawannya.

      Padam
  4. Ayat Majmuk:

    - Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal yang disambungkan oleh Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, lalu, dan lain-lain.
    - Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

    Contoh:

    A. Fairul mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
    B. Fairul membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
    C. Fairul mengambil sebuah buku cerita lalu membacanya.(Ayat Majmuk)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah.

      1. Contoh yang jelas.

      Padam
  5. Ayat Pasif (Mohit)

    Penerangan- Ayat yang menekankan objek dan perbuatannya.
    - Ayat yang menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

    Contoh - Bola itu saya tendang.
    - Baju itu saya cuci

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohit.

      Contoh ayat yang baik.

      Padam
  6. Ayat Tunggal:

    -Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
    -Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis

    Contoh:
    Lelaki gemuk itu sedang menembak burung. - Biasa Ayat Tunggal
    Abang dia suka menonton televisyen. - Biasa Ayat Tunggal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mikhael.

      Suatu usaha yang baik.

      Padam
  7. Penulisan Karangan Deskriptif/Ekspositori/Naratif

    Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
    1. Peribahasa - Bagai hujan jatuh ke pasir
    Penjelasan -
    Satu cara untuk menolong golongan orang susah adalah dengan memberi sumbangan wang kepada badan-badan pertolongan. Organisasi-organisasi ini boleh memberi seperluan orang yang kurang berupaya. Mereka boleh mendidik orang-orang ini lalu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai contoh, jika kita mengajar seseorang memasak, kita akan dapat meningkatkan kemahirannya dalam bidang masakan dan dia boleh menjual masakannya untuk menanggung kehidupannya. Dengan ini, kita akan dapat menolong orang keluar dari lingkaran kemiskinan jadi, usaha kita tidak seperti hujan jatuh ke pasir.

    Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
    2. Peribahasa -Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam
    Penjelasan -
    Seterusnya, kita boleh menyebarkan maklumat tentang usaha golongan kurang upaya di lelaman web. Sebagai contoh, jika ada perniagaan di lelaman web seperti jualan baju-baju atau kuih-muih, kita boleh tolong kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan kita di alam siber. Dengan ini, lebih ramai orang akan terdedah kepada usaha golongan orang kurang upaya. Ini akan membantu mereka kerana lebih ramai orang akan membeli dan menolong mereka. Selain daripada menolong mereka menyebarkan maklumat, kita boleh bantu menghantarkan hasilan-hasilan kepada pelanggan yang telah membeli produk itu. Dengan ini, orang kurang upaya tidak perlu membuat seluruh kerjanya sendiri tetapi, kita semua bekerjasama untuk membantu satu sama lain. Kita boleh dikatakan sedencing bagai besi, seciap bagai ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mirza.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  8. Penulisan Karangan Deskriptif:

    Bahagian Isi
    1. Peribahasa - Garam jatuh di air
    Penjelasan - Ros memberitahuku bahawa di rasa dirinya tidak berguna dan tidak disukai kerana pergerakannya tidak begitu normal, dan dia tidak kelihatan cantik. Aku terdiam. Aku tidak tahu apa yang harusku katakan yang benar, tetapi yang tidak menyakiti perasaannya. Selepas aku berfikir sebentar, aku memberitahunya bahawa orang lain tidak patut membuat keputusan untuk menyukai atau membenci seseorang hanya dengan melihat wajahnya. Aku berkata bahawa dia memang lain daripada yang lain, tetapi dia tidak patut menjatuhkan marwahnya sendiri akibat wajahnya, kerana Tuhan hanya melihat apa yang dalam hati kami, bukan wajah kami. Dia menerima nasihatku dengan mudah sekali seperti garam jatuh di air.

    Bahagian Penutup
    2. Peribahasa - Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap
    Penjelasan - Ros kelihatan amat gembira kerana hajatnya sudah dicapai. Dia dapat wang yang mencukupi untuk menyara kehidupan ibubapanya yang sudah lanjut usia, dan dia juga dapat menolong orang lain yang kurang upaya seperti dirinya sendiri. Baka kata pepatah kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap,memang dia tidak dapat menolong mereka secara fisikal, tetapi dia dapat menyokong mereka dalam kehidupan mereka, juga seperti aku telah menyokongnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa & ejaan yang perlu diperbaiki.

      Padam
  9. Daripada Abu

    Penulisan Karangan Ekspositori

    1) Peribahasa : Macam orang buta kehilangan tongkat
    Lokasi : Pendahuluan

    Ia sukar untuk orang cacat bergerak macam orang biasa, jadi bantuan khas perlu diberikan kepada mereka supaya mereka tidak kehidupan macam orang buta kehilangan tongkat.

    2) Peribahasa : Air pun ada pasang surutnya
    Lokasi : Penutup

    Kehidupan orang cacat tidak selalunya senang. Walaupun mereka mempunyai kesukaran dalam kehidupan biasa mereka, situasi mereka akan menjadi lebih baik di masa depan jikalau cara-cara tersebut dapat dilakukan oleh ahli masyarakat. Air pun ada pasang surutnya, jadi saya harap bahawa kehidupan mereka lebih selesa di masa depan dengan semuah kemajuan sains, teknologi dan sikap positif masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abu.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  10. Kepada Izzat, Mohit & Mikhael,

    Sila masukkan dapatan awak secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  11. Bahagian Permulaan
    Peribahasa: Ayam bertelur di padi
    Cik Suhana seorang yang kurang upaya tetapi dia seorang yang hidup senang.Dia tidak mempunyai kekurangan dalam hidupnya tetapi dia gembira dalam kehidupannya. Dia tidak ada kebimbangan dan dia dapat berdikari dan menjaga dirinya. Dia bagai ayam bertelur di padi.

    Bahagian Isi
    Peribahasa: Dalam menyelam,cetek bertimba
    Cik Suhana menjual brownie dan wang yang didapatinya dapat menampung perbelanjaannya.Dengan wang ini dia dapat menjaga diriny.Walaupun wang yang didapatinya tidak banyak, Cik Suhana gembira dengan pendapatannya.Dia bersikap dalam menyelam,cetek bertimba.

    -Mohit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohit.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh kedua ini sebagai panduan. Contoh pertama kurang sesuai. Ada juga bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  12. Permulaan:
    Peribahasa: bagai belanda minata tanah
    Ali seorang murid yang kurang berupaya. Walaupun dia tidak boleh bertutur dengan baik sangat atau berlari secepat cepat, dia suka menolong orang lain seperti dia dengan buat apa-apa yang dia boleh. Lepas sekolah, dia selalu cari cara-cara berbeza yang dia boleh guna untuk menolong orang atau mendapat wang untuk menolong mereka. Dia selalu tanya kami kalau idea dia boleh dibuat dan kalau kami boleh menoolong dia menjalaninya. Dia moenolong orang walaupun tidak hendak apa dari mereka. Dia tidak bagai belanda minata tanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mikhael.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan jika ada penyesuaian. Penggunaan peribahasa kurang tepat tapi gaya penulisan baik. Ada juga bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  13. Kepada Izzat,

    Sila masukkan dapatan kamu sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada Izzat,

      Memandangkan kamu baru baik sakit, kamu dikecualikan daripada tugasan ini. Sila baca contoh-contoh daripada kawan-kawan.

      Terima kasih.

      Padam