Membaca



Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac) 
(Menengah 3HML & 4ML & 4HML)

Petikan  :  Khamis, 7 Mac, Bantu golongan susah walau cacat


MAHU MENOLONG: Pengasas gerakan I Am Speciable, Encik Kashif Edwards (duduk di kerusi roda), mendermakan beberapa barangan - tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering - kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive, kelmarin.
- Foto JOHARI RAHMAT

Bantu golongan susah walau cacat

BELIAU tidak boleh bergerak atau bertutur seperti belia normal seusianya, namun kecacatan tidak menghalang Encik Kashif Edwards membantu mereka yang memerlukan.
Berbekalkan keinginan kuat membantu mereka yang senasib dengannya - penghidap palsi serebral - Encik Kashif berjaya mengumpul sekitar $3,000 menerusi penjualan kemeja-T yang dihasilkan khas oleh gerakan I Am Speciable baru-baru ini.
Separuh daripada hasil penjualan kemeja-T itu merupakan gaji Encik Kashif, yang menghidap palsi serebral sejak lahir, manakala separuh lagi digunakan bagi membeli barang-barang keperluan bagi kanak-kanak istimewa di Pusat Rainbow.
Gerakan yang ditubuhkan beliau pada Mac tahun lalu itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut serta membantu golongan memerlukan.
Ini kali keempat gerakan itu memberikan sumbangan kepada persatuan bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.
Sebelum ini ia memberi sumbangan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Singapura (SCAS).
Kelmarin, Encik Kashif, 25 tahun, dengan ditemani anggota keluarganya, menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive.
Beliau kelihatan ceria dan riang ketika menyampaikan sumbangannya kepada pengarah eksekutif bekas sekolahnya itu, Cik June Tham, yang berkata Encik Kashif merupakan bekas pelajar pertama sekolah itu mendermakan barang-barang kepada sekolah tersebut.
"Saya sangat berbangga dengan apa yang dilakukan Kashif. Beliau kini menjadi duta palsi serebral. Beliau tidak melihat ketidakupayaannya sebagai satu kecacatan, sebaliknya menggunakannya bagi meningkatkan kesedaran dan menjadi inspirasi kepada orang lain," kata Cik Tham, 62 tahun.
Ibu Encik Kashif, pelakon drama televisyen dan teater Hashimah Hamidon, berkata: "Sebelum beliau mula menjual kemeja-T, perbelanjaannya ditanggung saya dan suami saya. Tapi sejak Kashif bekerja, beliau membeli beberapa barang keperluannya, seperti kad prabayar dan permainan Playstation menggunakan duit sendiri."
Cik Hashimah mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun.
Palsi serebral disebabkan oleh kecederaan pada otak yang berlaku sebelum atau semasa kelahiran dan boleh muncul dalam pelbagai rupa. Ia menjejas pergerakan otot dan kemahiran motor.
Gerakan I Am Speciable ditubuhkan setelah Encik Kashif beberapa kali meluahkan hasrat bekerja agar dapat menyumbang kepada masyarakat.
Memandangkan beliau tidak boleh berdikari dan memerlukan bantuan orang lain, umpamanya untuk makan dan membuang air, abang saudaranya, Encik Sham Latiff, membantu memulakan akaun Facebook bagi gerakan itu.
Sejauh ini gerakan itu telah menjual 507 kemeja-T pada harga $20 sehelai.
Ia turut menerima sumbangan daripada rakan kongsi seperti Wing Yap Motor dan SIR Move Services, yang bekerjasama dengannya di beberapa acara.
Orang ramai yang ingin menyokong gerakan itu boleh memilih Like laman Facebook The "I Am Speciable" Movement diwww.facebook.com/iamspeciablemovement.



1.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Kashif tidak melihat ketidakupayaannya sebagai suatu kecacatan”.  Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini.  (4 markah)


3.     Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah golongan kurang upaya perlu digalakkan bekerja? Jelaskan.   (6 markah)


________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

_________________________________________________________


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Isnin, 11 Mac 20139 pagi.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah

_________________________________________________________

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)  (Menengah 3HML & 4ML & 4HML)

Petikan  :  Sabtu, 2 Febuari, Sabah : Negeri di bawah bayu
Pautan  : Berita




1.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”.  Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)


2.     Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini.  (4 markah)


3.     Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan.   (6 markah)


____________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

____________________________________________________________

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Selasa, 26 Feb 2013, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah

_____________________________________________________________

25 ulasan:

  1. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)

    Soalan 1 :

    Pernyataan ini bermaksud bahawa penulis petikan ini telah berada di Sabah selama empat hari, tetapi dia tidak dapat puas meneroka seluruh Sabah. Penulis rasa bahawa keindahan Sabah terlalu banyak untuk dihargai dalam masa hanya empat hari.

    Soalan 2 :

    Satu pengajaran ialah bahawa tedapat pelbagai budaya di Sabah dan satu daripada mereka ialah Perkampungan Budaya Mari-Mari. Mereka amat cekap dalam kehidupan dalam hutan dan mereka juga mempunyai kemahiran sperti membuat pakaian dari kulit pokok. Satu lagi pengajaran ialah air laut di Sabah amat jernih, berbanding dengan air laut di Singapura, sehingga terdapat ikan-ikan berdekatan dengan vila penulis.

    Soalan 3 :

    Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini boleh berfaedah untuk para pelajar, kerana terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh diperolehi dari perjalanan tersebut. Namun, dengan adanya para pelajar yang ramai di Sabah, keindahan dan keamanannya boleh diganggu, kerana para pelajar yang akan pergi untuk perjalanan ini mungkin tidak biasa dengan kehidupan di hutan dan mereka akan mengganggu orang-orang dan haiwan-haiwan yang juga berada di situ. Jadi, saya rasa bahawa darmawisata seperti ini tidak sesuai dilaksanakan untuk para pelajar secara umum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah atas dapatan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Pernyataan ini bermaksud bahawa penulis petikan ini telah berada di Sabah selama empat hari, tetapi dia tidak (dapat-perkataan yang tidak sesuai digunakan) puas meneroka seluruh Sabah.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Satu pengajaran ialah bahawa terdapat (tedapat-kesilapan ejaan) pelbagai budaya di Sabah dan satu daripada mereka ialah Perkampungan Budaya Mari-Mari.
      - Mereka amat cekap dalam kehidupan di (perlu ditambah agar menjadi ayat yang lebih gramatis) dalam hutan dan mereka juga mempunyai kemahiran seperti (sperti-kesilapan ejaan) membuat pakaian dari kulit pokok.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4
      - Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini (boleh-perkataan yang tidak diperlukan) berfaedah untuk para pelajar (,-tanda koma yang tidak sesuai) kerana terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh diperolehi dari perjalanan tersebut.
      - Namun, dengan adanya para pelajar yang ramai di Sabah, keindahan dan keamanannya boleh terganggu (diganggu-perlu imbuhan yang lebih sesuai) (,- tanda koma yang tidak sesuai) kerana para pelajar yang akan pergi untuk perjalanan ini mungkin tidak biasa dengan kehidupan di hutan dan mereka akan mengganggu orang-orang dan haiwan-haiwan yang juga berada di situ.

      Jumlah : 10/14

      Padam
  2. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 :
    Penyataan ini bermaksud penulis tidak puas dengan pengalamannya di Sabah. Dia rasakan yang dia perlukan lebih masa untuk menjelajah dengan lebih mendalam lagi di Sabah. Penulis katakan yang, "Menyelam ke dasar laut, mendaki gunung tinggi, bersantai di tepi pantai, menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional orang Sabah, semuanya boleh dilakukan di sana." Ini menunjukkan betapa banyaknya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Sabah dan dalam masa empat hari, kita tidak boleh menikmati kesemuanya.

    Soalan 2 :

    Saya mempelajari yang ada orang masih mengamalkan budayanya walaupun kita sudah memasuki era kemodenan dan kebanyakan budaya-budaya sudah hilang. Di dalam artikel ini, penulis dapat berjumpa dengan pelbagai masyarakat etnik di Sabah. Dia juga dapat melihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang itu. Saya juga mempelajari yang ada orang yang masih berusaha untuk menyelamatkan jenis-jenis haiwan yang hampir pupus. Penulis mengatakan yang dia dibawa ke Marine Ecology Research Centre. Di situ, dia dapat tahu yang ada kima gergasi yang dikawal dan dijaga jadi ia tidak akan pupus.

    Soalan 3 :

    Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini amat sesuai untuk para pelajar. Jika pelajar melalui darmawisata, dia akan dapat pengalaman yang susah untuk didapati. Pelajar akan menjelajah ke tempat-tempat asing pada dia dan dia akan mempelajari banyak perkara-perkara yang baru seperti budaya orang lain, sukan-sukan, atau maklumat-maklumat yang baru. Ini dakan dapat membantu pelajar dari segi akademik. Dengan pengalaman baru mereka, pelajar boleh berkongsi pengalaman mereka dalam bentuk karangan atau bila menduduki lisan. Darmawisata juga dapat membantu seseorang dari segi sikap dan sifatnya. Pelajar yang melalui darmawisata akan dapat meningkatkan kesedarannya kepada keadaan di sekelilingnya. Seorang pelajar akan dapat tahu bagaimana untuk bertindak laku di hadapan orang-orang asing.

    -Mirza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mirza atas dapatan yang menyeluruh.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 = Baik!

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Melalui darmawisata ini (Jika pelajar melalui darmawisata-perlu susunan yang lebih gramatis), dia akan dapat pengalaman yang luar biasa (susah untuk didapati-perlu frasa yang lebih tepat).
      - Pelajar akan menjelajah ke tempat-tempat asing (pada dia-tidak perlu) dan dia akan mempelajari banyak perkara (perkara-perkara-tidak perlu kata ganda jika menggunakan istilah 'banyak') yang baru seperti budaya orang lain, sukan-sukan (,-tanda koma yang tidak sesuai) atau maklumat-maklumat yang baru.
      - Ini akan (dakan-kesilapan ejaan) dapat membantu pelajar dari segi akademik.
      - Pelajar yang melalui darmawisata akan dapat meningkatkan kesedarannya terhadap (kepada-perlu kata hubung yang lebih sesuai) keadaan di sekelilingnya.

      Jumlah : 10.5/14

      Padam
  3. Sila masukkan dapatan kamu secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. 1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
    Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

    Soalan 1 : Pernyataan tersebut bermaksud bahawa penulis tidak rasa begitu puas dengan pengalamannya di Sabah untuk empat hari kerana beliau terasa bahawa empat hari tidak sempat untuk Sabah dihargai dengan penuh.

    2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
    Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

    Soalan 2 : Dua pengajaran yang saya peroleh daripada laporan ini adalah orang Sabah mempunyai budaya yang khas walaupun ia dimodenisasikan dan air di laut tertentu di Sabah jernih walaupun ia ada banyak ikan berbeza.

    3. Bloom’s Taxanomy – Creating :
    Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan. (6 markah)

    Soalan 3 : Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana ia akan memberikan mereka pengalaman unik yang tidak boleh didapatkan oleh bahan rujukkan sahaja. Dari aspek akademik, mereka boleh belajar tentang sejarah negara lain ataupun tentang ikan-ikan yang berada di dalam laut apabila mencuba bersnorkel. Namun, darmawisata sebegini dapat mengkuatkan keuntungan pelajar dalam bidang akademik dan dari segi pengalaman unik.

    -Abu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abu atas dapatan yang menyeluruh.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 = Baik!

      Soalan 2 : 4 = Baik!

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4
      - Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana ia akan memberikan mereka pengalaman unik yang tidak boleh didapati dengan merujuk pada (didapatkan oleh-kurang sesuai) bahan rujukkan sahaja.
      - Dari aspek akademik, mereka boleh belajar tentang sejarah negara lain ataupun tentang ikan-ikan yang berada di dalam laut apabila cuba (mencuba-imbuhan yang kurang sesuai) bersnorkel.
      - Oleh itu (Namun-Penanda Wacana yang kurang sesuai), darmawisata sebegini dapat menguatkan (mengkuatkan-ejaan yang kurang tepat) keuntungan pelajar dalam bidang akademik dan dari segi pengalaman unik.

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam
  5. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)

    Soalan 1 :
    Pernyataan ini bermaksud bahawa empat hari terlalu kurang untuk mengalami Sabah kerana penulis tidak dapat menjelajah dan menghargai seluruh daripada lawatannya. Contohnya, dia hanya dapat bersnorkel untuk seketika sahaja dan kalau dia diberi lebih masa, dia pasti boleh melihat lebih pelbagai hidupan lautan.

    Soalan 2 :
    Saya mempelajari bahawa air lautan Sabah amat berbeza dengan air lautan Singapura kerana airnya biru kehijauan dan jernih manakala air lautan Singapura kelabu dan gelap. Saya pun mempelajari bahawa ada orang-orang di Sabah yang masih mengamalkan budaya mereka dengan menyalakan api dengan buluh dan juga membuat pakaian daripada kulit pokok walaupun kita semua sudah tinggal di zaman moden.

    Soalan 3 :
    Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana terdapat banyak yang pelajar boleh belajar di Sabah kerana ada banyak ilmu yang menarikkan seperti budaya etnik orang-orang Sabah. Mereka pun akan mengalami dan menyaksikan banyak pemandangan yang menggembirakan dan tidak boleh dilupakan kerana mereka akan mengalami sesuatu yang berbeza daripada apa yang terdapat di negeri mereka sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izzat atas dapatan yang menyeluruh.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2
      - Pernyataan ini bermaksud bahawa empat hari terlalu sedikit (kurang=perkataan yang kurang tepat) untuk mengenali (mengalami=perkataan yang kurang sesuai) Sabah kerana penulis tidak dapat menjelajah dan menghargai seluruh kawasan Sabah (frasa yang perlu ada) daripada lawatannya.
      - Contohnya, dia hanya dapat bersnorkel untuk seketika sahaja dan kalau dia diberi lebih masa, dia pasti boleh melihat (lebih=perkataan yang tidak perlu) pelbagai hidupan lautan.

      Soalan 2 : 4 = Baik!

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana terdapat banyak yang pelajar boleh belajar di Sabah kerana ada banyak ilmu yang menarik (menarikkan=imbuhan yang tidak sesuai) seperti budaya etnik orang-orang Sabah.

      Jumlah : 11.5/14

      Padam
  6. Mohit & Mikhael,

    Sila masukkan dapatkan kamu sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. soalan 1) pernyataan itu bermaksud bahawa empat hari tidak cukup untuk menjelajahi Sabah. Dia tidak dapat memjalani aktiviti aktivitimya dengan selesa.

    Soalan 2) Saya belajari bahawa air Sabah lebih jernih berbanding kepada air di Singapura yang sangat kuruh. Saya juga belajar bahawa budaya orang di Sabah masih dipraktikan.

    Soalan 3) Darmawisata ini sangat sesuai untuk pelajar kerana ia boleh mengajar pelajar tentang budaya orang Sabah dan mereka boleh mengalami tempat-tempat Sabah yang indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohit atas dapatan yang menyeluruh.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2
      - Pernyataan (pernyataan=huruf besar) itu bermaksud bahawa empat hari tidak cukup untuk menjelajahi Sabah.
      - Dia tidak dapat menjalani (memjalani=imbuhan yang kurang tepat) aktiviti-aktivitinya (aktiviti aktivitimya=tanda sepang, ejaan yang kurang tepat) dengan selesa.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Saya pelajari (belajari=imbuhan yang kurang tepat) bahawa air Sabah lebih jernih berbanding kepada air di Singapura yang sangat kuruh.
      - Saya juga belajar bahawa budaya orang di Sabah masih dipraktikkan (dipraktikan=imbuhan yang kurang tepat).

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Darmawisata ini sangat sesuai untuk pelajar kerana ia boleh mengajar pelajar tentang budaya orang Sabah dan mereka boleh melawati (mengalami=perkataan yang kurang sesuai) tempat-tempat Sabah yang indah.

      Jumlah : 10.5/14

      Padam
  8. 1) pernyataan ini bermaksud kalau hendak menjalani ke Sabah, mesti pergi lebih daripada empat hari. Dia tidak ada waktu untuk membuat aktiviti yang dia hendak.

    2) saya belajari tentang orang Sabah mempunyai budaya yang khas walaupun ia dimodenisasikan.

    3) darmawisata ini sesuai untuk para pelajar kerana ia akan tambahkan ilmu mereka dan boleh diguna untuk sesuatu ganjaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mikhael atas dapatan yang baik.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Pernyataan (pernyataan=huruf besar) ini bermaksud kalau hendak melawati (menjalani=perkataan yang kurang sesuai) ke Sabah, ia harus dilawati (mesti pergi=frasa yang kurang sesuai) lebih daripada empat hari.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Saya (saya=mesti ada huruf besar) pelajari (belajari=imbuhan yang kurang sesuai) tentang orang Sabah mempunyai budaya yang khas walaupun ia dimodenisasikan.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5
      - Darmawisata (darmawisata=mesti ada huruf besar) ini sesuai untuk para pelajar kerana ia akan tambahkan ilmu mereka dan boleh digunakan (diguna=imbuhan yang kurang sesuai) untuk sesuatu ganjaran.

      Jumlah : 11/14

      Padam
  9. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)

    Soalan 1 :
    Pernyataan ini bermaksud Kashif tidak membiarkan ketidakupayaannya menjejas cara kehidupannya. Kashif ada keinginan yang kuat untuk membantu orang yang senasib dengannya, ini menunjukkan yang dia tidak berputus asa walaupun dicabar oleh kecacatannya. Selain dari ini, Kashif juga mahu mendapat pendapatannya sendiri dan tidak mahu menanggung kepada duit ibu dan ayahnya. Walaupun dia kurang upaya, dia tidak mahu bantuan orang lain dan mahu menanggung dirinya sendiri. Ini menunjukkan yang Kashif tidak melihat ketidakupayaanya sebagai suatu kecacatan, dia tetap mahu bekerja untuk mendapat wang dan tidak mahu perbelanjaannya ditanggung oleh orang lain.

    Soalan 2 :
    Dua pelajaran yang boleh diperolehi dari artikel ini adalah yang kita harus selalu berjuang untuk mencapai yang terbaik dalam hidup dan tidak boleh memutus asa. Kashif Edwards yang menghadapi penyakit palsi serebral telah mengumpul wang $3000 dengan menjual kemeja-T. Ini menunjukkan kita yang apabila kita menghadapi cabaran, kita harus mencari jalan terbaik dan tidak boleh memutus asa. Dengan ini, kita boleh berjaya seperti Kashif Edwards. Selain dari ini, kita juga harus menyumbang kepada masyarakat setelah mencapai capaian kita. Kashif Edwards menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow. Kita yang ada kehidupan mewah dan pendapatan kita yang agak besar, haruslah menyumbang juga kepada masyarakat dan membantu golongan orang yang kurang upaya dan memerlukan bantuan.

    Soalan 3 :
    Ya, golongan kurang upaya perlu digalakkan bekerja. Mereka sepatutnya harus berdikari dan menanggung keperluan diri sendiri. Mereka tidak boleh selalu mengharapkan bantuan orang lain. Golongan kurang upaya boleh pergi ke kelas-kelas khas yang boleh mendidik mereka dan menyediakan mereka dengan kemahiran tertentu dalam pekerjaan. Dengan ini, golongan kurang upaya bolehlah bekerja untuk mendapatkan wang sendiri. Selain dari ini, orang yang kurang berupaya harus bekerja untuk keluar dari lingkaran kemiskinan atau lingkaran musibah. Jika orang kurang berupaya tidak membuat apa-apa dan hanya harapkan bantuan dari orang lain, dia akan hidup dalam kesusahan. Dengan ini, mereka digalakkan bekerja untuk menanggung diri sendiri dan juga untuk keluar dari lingkaran kemiskinan atau musibah.

    -Mirza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mirza atas sumbangan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Selain dari ini, Kashif juga mahu mendapat pendapatannya sendiri dan tidak mahu bergantung (menanggung=perkataan yang tidak sesuai) kepada duit ibu dan ayahnya.
      - Ini menunjukkan yang Kashif tidak melihat ketidakupayaanya sebagai suatu bebanan (kecacatan=perkataan kurang tepat), dia tetap mahu bekerja untuk mendapatkan (mendapat=perlu imbuhan yang lebih tepat) wang dan tidak mahu perbelanjaannya ditanggung oleh orang lain.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Dua pelajaran yang boleh diperolehi dari artikel ini adalah yang kita harus selalu berjuang untuk mencapai yang terbaik dalam hidup dan tidak boleh berputus (memutus=imbuhan yang salah) asa.
      - Ini menunjukkan pada (perlu ditambah agar ayat lebih gramatis) kita yang apabila kita menghadapi cabaran, kita harus mencari jalan terbaik dan tidak boleh berputus (memutus=imbuhan yang salah) asa.
      - Selain dari ini, kita juga harus menyumbang kepada masyarakat setelah mencapai impian (capaian=perkataan kurang sesuai) kita.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Golongan kurang upaya boleh pergi ke kelas-kelas khas yang boleh mendidik mereka dan mempersiapkan diri (menyediakan=perkataan yang kurang sesuai) mereka dengan kemahiran tertentu dalam pekerjaan.
      - Ada pengulangan tentang isi yang menyentuh bahagian lingkaran musibah/kemiskinan.

      Jumlah : 10.5/14

      Padam
  10. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)

    Soalan 1: Pernyataan ini bermaksud bahawa Kashif tidak membenarkan ketidakupayaannya untuk meghalang dirinya dari bekerja seperti seorang biasa. Kashif masih mahu bekerja untuk menyara kehidupannya dan untuk menolong orang lain yang ada kondisi sepertinya. Walaupun ibunya rasa bahawa dia seorang cacat dan dia tidak dapat bekerja akibat kondisinya, Kashif tidak puas hanya bermalas di rumah dan bergantung kepada dapatan ibunya. Dia masih mahu berdikari. Ini menunjukkan bahawa dia tidak melihat ketidakupayaannya seperti kecacatan kerana, walaupun dia tidak seperti orang biasa, dia tetap cuba hidup seoerti orang biasa.

    Soalan 2: Satu pengajaran yang saya peroleh dari laporan ini ialah bahawa kami patut sentiasa bekerja untuk mencapai impian kami, walaupun kami rasa bahawa ia susah, dan walaupun orang lain rasa bahawa ia mustahil. Walaupun Kashif ada kondisi yang menyebabkannya tidak senand untuk bekerja, dia tetap bekerja untuk menyara kehidupannya sendiri dan juga untuk menolong orang lain yang ada kondisi sepertinya. Ibunya sendiri rasa bahawa dia tidak dapat bekerja kerana dia ada cerebral palsy dan tidak berupaya untuk bekerja, tetapi sekarang, Kashif sudah mengumpul wang sebanyak $3000 dengan menjual kemeja-T untuk gerakan 'I Am Speciable'. Ini menunjukkan saya bahawa, kalau seorang yang kurang berupaya seperti Kashif masih dapat bekerja dan menolong orang lain, apalagi orang biasa seperti kami yang memang dapat lakukan lebih banyak dari itu. Pengajaran yang kedua ialah bahawa, kalau kami menolong orang lain apabila kami bekerja, kami mendapat lebih banyak kepuasaan. Apabila Kashif bekerja, dia tidak rasa gembira kerana dia dapat banyak duit tetapi dia gembira kerana dia dapat menolong orang lain yang kurang berupaya sepertinya.

    Soalan 3: Pada pendapat saya, golongan orang kurang berupaya patut digalakkan untuk bekerja, tetapi mereka tidak patut dipaksa atau diketawakan jika mereka tidak mahu bekerja. Ini kerana, walaupun mereka kurang berupaya, mereka masih ada potensi untuk berjaya tetapi, kalau mereka tidak didedahkan kepada semua peluang-peluang, mereka tidak akan sedar bahawa mereka memang boleh berjaya. Mereka akan rasa tidak berguna seumur hidup. Sebaliknya, ada antara mereka yang kurang berupaya yang memang tidak mahu bekerja, kerana mereka mahu menolong di rumah. Orang seperti ini tidak patut dihina atau diketawakan kerana mereka tidak mahu bekerja. Mereka masih menolong orang di rumah dan itu sudah boleh diterima untuk kondisi mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah atas sumbangan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2
      - Pernyataan ini bermaksud bahawa Kashif tidak membenarkan ketidakupayaannya untuk menghalang (meghalang=kesilapan ejaan) dirinya dari bekerja seperti seorang biasa.
      - Walaupun ibunya rasa bahawa dia seorang cacat dan dia tidak dapat bekerja akibat kondisinya, Kashif tidak puas hanya bermalas di rumah dan bergantung kepada pendapatan (dapatan=kesilapan imbuhan) ibunya.
      - Dia masih mahu berdikari. Ini menunjukkan bahawa dia tidak melihat ketidakupayaannya seperti bebanan (kecacatan=perkataan yang kurang sesuai) kerana, walaupun dia tidak seperti orang biasa, dia tetap cuba hidup seperti (seoerti=kesilapan ejaan) orang biasa.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Walaupun Kashif ada kondisi yang menyebabkannya tidak mudah (senand=perkataan yang kurang sesuai) untuk bekerja, dia tetap bekerja untuk menyara kehidupannya sendiri dan juga untuk menolong orang lain yang ada kondisi sepertinya.
      - Ini menunjukkan kepada (perlu ditambah agar ayat lebih gramatis) saya bahawa, kalau seorang yang kurang berupaya seperti Kashif masih dapat bekerja dan menolong orang lain, apalagi orang biasa seperti kami yang memang dapat lakukan lebih banyak dari itu.
      - Apabila Kashif bekerja, dia tidak rasa gembira kerana dia dapat banyak duit tetapi dia gembira kerana dia dapat menolong orang lain yang kurang upaya (berupaya=tidak perlu imbuhan) sepertinya.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Pada pendapat saya, golongan orang kurang upaya (berupaya=tidak perlu imbuhan) patut digalakkan untuk bekerja, tetapi mereka tidak patut dipaksa atau diketawakan jika mereka tidak mahu bekerja.
      - Ini kerana, walaupun mereka kurang upaya (berupaya=tidak perlu imbuhan), mereka masih ada potensi untuk berjaya tetapi, kalau mereka tidak didedahkan kepada semua peluang-peluang, mereka tidak akan sedar bahawa mereka memang boleh berjaya.

      Jumlah : 10/14

      Padam
  11. Kepada Abu, Izzat, Mohit & Mikhael,

    Sila buat tugasan ini secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  12. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
    Soalan 1 :
    Pernyataan ini bermakna bahawa Kashif tidak melihat ketidakupyaannya sebagai sebuah cabaran . Dia mahu bekerja dengan menjual baju-bajunya untuk mendapat wang untuk sendiri dan juga menderma kepada orang lain yang susah. Kashif berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang dan mahu menjadi sebagai bahan inspirasi untuk orang lain yang kurang berupaya.

    Soalan 2 :
    Satu pengejaran yang saya peroleh dari laporan ini adalah bahawa walaubagaimana susah pun sesuatu cabaran kita menghadapi dalam kehidupan kita, kita harus berusaha untuk mencapai kemahuan kita. Satu lagi pengajaran adalah kita harus berpuas hati dengan apa-apa yang kita ada kerana ada orang lain yang di dalam keadaan yang lebih susah.

    Soalan 3 :
    Pada pendapat saya, golongan orang kurang upaya harus digalakkan untuk bekerja kerana mereka harus belajar untuk berdikari dan belajar untuk menanggung keperluan sendirian. Mereka pun harus belajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dengan apa yang mereka ada supaya mereka boleh bekerja dan mendapat wang untuk sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izzat atas sumbangan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Dia mahu bekerja dengan menjual baju-bajunya untuk mendapatkan (mendapat=perlu imbuhan yang lebih sesuai) wang untuk sendiri dan juga menderma kepada orang lain yang susah.
      - Kashif berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang dan mahu menjadi (sebagai=tidak perlu) bahan inspirasi untuk orang lain yang kurang upaya (berupaya=tidak perlu imbuhan).

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Satu pengajaran (pengejaran=kesilapan ejaan) yang saya peroleh dari laporan ini adalah bahawa walau bagaimana (walaubagaimana=susunan yang salah) susah pun sesuatu cabaran kita menghadapi dalam kehidupan kita, kita harus berusaha untuk mencapai kemahuan kita.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Mereka pun harus belajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dengan apa yang mereka ada supaya mereka boleh bekerja dan mendapat wang (untuk=tidak perlu) sendiri.

      Jumlah : 11/14

      Padam
  13. Soalan 1)Pernyataan ini bermaksud bahawa Kashif Edwards tidak melihat kekurangupayaannya seperti satu rintangan. Dia mahu bekerja seperti orang biasa kerana dia tahu dia boleh membuat kerja yang naik dan seperti orang biasa. Dia juga memulakan pergerakan 'I am Speciable' supaya dia boleh bekerja dan berdikari. Dia dapat gaji dari penjualan kemeja T yang dapat menyampung perbelanjaannya dan separuh daripada wang itu digunakan untuk menolong orang lain yang kurang upaya sepertinya.

    Soalan 2) Satu pengajaran yang saya peroleh dari laporan ini adalah adalah bahawa orang boleh membuat apa-apa sahaja jika mereka ada tekad dan berusaha. Kashif Edwards berusaha dan memulakan pergerakan 'I Am Speciable' supaya dia boleh bekerja dan berdikari. Satu lagi pengajaran adalah kami harus menghormati orang yang kurang upaya dan tidak memandang rendah kepada mereka kerana mereka boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa.

    Soalan 3)Pada pendapat saya, orang kurang upaya harus digalakkan untuk bekerja kerana mereka juga harus diberikan peluang untuk menunjukkan bakal mereka. Mereka boleh membuat kerja yang baik seperti orang biasa dan orang lain tidak patut memandang rendah kepada mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohit atas sumbangan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5
      - Pernyataan ini bermaksud bahawa Kashif Edwards tidak melihat ketidakupayaannya (kekurangupayaannya=imbuhan yang salah) sebagai (seperti=perkataan yang salah) satu rintangan.
      - Dia mahu bekerja seperti orang biasa kerana dia tahu dia boleh membuat kerja yang baik (naik=kesilapan ejaan) dan seperti orang biasa.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Satu pengajaran yang saya peroleh dari laporan ini adalah (adalah=pengulangan) bahawa orang boleh membuat apa-apa sahaja jika mereka ada tekad dan berusaha.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Pada pendapat saya, orang kurang upaya harus digalakkan untuk bekerja kerana mereka juga harus diberikan peluang untuk menunjukkan bakat (bakal=kesilapan ejaan) mereka.

      Jumlah : 11.5/14

      Padam
  14. 1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
    Dalam petikan ini, “Kashif tidak melihat ketidakupayaannya sebagai suatu kecacatan”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

    2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
    Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)


    3. Bloom’s Taxanomy – Creating :
    Pada pendapat kamu, adakah golongan kurang upaya perlu digalakkan bekerja? Jelaskan. (6 markah)

    Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)

    Soalan 1 : Pernyataan tersebut bermaksud bahawa Encik Kashif Edwards lihat dirinya sebagai seorang biasa yang boleh berdikari. Buktinya adalah Encik Kashif dapat memulakan Gerakan "I Am Speciable Movement" untuk menjadi bahan inspirasi untuk penyakit palsi serebral dan sebuah contoh bahawa orang cacat juga boleh berdikari. Encik Kashif juga menderma kepada organisasi-organisasi untuk menolong penyakit palsi serebral, macam seorang normal yang sudah berdikari.

    Soalan 2 : Saya belajar bahawa saya tidak boleh berputus asa jikalau saya amat kehendakat sesuatu. Encik Kashif Edwards telah membuat aspirasinya menjadi sesuatu realiti dengan sikap tidak berputus asa dan akhirnya, dia berdikari. Saya juga belajar bahawa keluarga adalah amat penting dalam kehidupan kerana Encik Kashif dapat banyak sokongan dan bantuan daripada ahli keluarganya supaya dia dapat berdikari.

    Soalan 3 : Saya rasa golongan kurang upaya tidak perlu digalakkan bekerja. Pada pendapat saya, jikalau mereka kurang upaya, ia akan amat susah untuk dapatkan kerja sebab kesukaran dalam pegerakan mereka. Juga, pemerintah Singapura tidak memberi galakan besar kepada orang sebegini untuk bekerja. Namun, saya rasa bahawa orang yang kurang upaya mesti mencari ilmu, tetapi ia terpulang kepada mereka jikalau mereka hendak bekerja atau tidak. Jikalau seorang ada keinginan besar untuk berdikari macam Encik Kashif Edwards, seapa-apa juga boleh dilakukan.

    - Abu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abu atas sumbangan yang memberangsangkan.

      Pembetulan
      Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5
      - Buktinya adalah Encik Kashif dapat memulakan Gerakan "I Am Speciable Movement" untuk menjadi bahan inspirasi untuk pesakit (penyakit=perkataan yang salah) palsi serebral dan sebuah contoh bahawa orang cacat juga boleh berdikari.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3
      - Saya belajar bahawa saya tidak boleh berputus asa jikalau saya amat hendakkan (kehendakat=kesilapan imbuhan) sesuatu.
      - Encik Kashif Edwards telah merealisasikan aspirasinya (membuat aspirasinya menjadi sesuatu realiti=frasa yang boleh diringkaskan) dengan sikap tidak berputus asa dan akhirnya, dia berdikari.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5
      - Jikalau seorang ada keinginan besar untuk berdikari macam Encik Kashif Edwards, apa-apa (seapa-apa=tidak perlu imbuhan) juga boleh dilakukan.

      Jumlah : 12/14 Baik!

      Padam