Mendengar


Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Febuari 2013

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton rancangan Tekad Episod 2.

Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

1.  Mengapakah Kashif Edwards ingin bekerja?
2.  Bagaimana penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif?
3.  Sebagai seorang pelajar di SST, apakah yang kamu boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif?

Sila taipkan jawapan kamu seperti berikut :

Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :


Terima kasih.

Salam mesra
Cg Azizah.Ahmad

_____________________________________________________________

15 ulasan:

  1. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
    Soalan 1 :

    Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mahu mendapatkan wang untuk menanggung kehidupannya dan juga untuk membantu orang lain yang menghadapi cabaran yang sama seperti dia.

    Soalan 2 :

    Dengan penggunaan media sosial, Kashif Edwards dapat berkomunikasi, dan berkenalan dengan orang-orang lain yang menghadapi penyakit sepertinya. Dia juga dapat memulakan sebuah kempen yang, akibat media sosial, telah mengumpul ramai orang untuk menyokong kempennya. Kashif juga dapat membuka perniagaan dalam media sosial. Dia dapat menjual baju-bajunya kepada pengguna-pengguna media sosial.

    Soalan 3 :

    Sebagai seorang pelajar SST, kita boleh meningkatkan kesedaran masyarakat tentang orang-orang seperti Kashif. Dengan penggunaan teknologi, kita boleh membuka sebuah lelaman web yang khas untuk memuat naikkan cita-cita orang yang menghadapi penyakit teruk. Dengan ini, kita boleh berusaha untuk menolong mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mirza.

      Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  2. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013

    Soalan 1: Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mahu menjadi bertanggungjawab dengan kehidupannya sendiri dan juga dia mahu mengumpul wang untuk menolong orang lain yang kurang upaya seperti dia.

    Soalan 2: Penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif kerana dia dapat memberi mesej kepada orang awam dengan senang. Dia telah menggunakan Facebook untuk meningkatkan kesedaran orang tentang orang yang kurang upaya dan juga untuk memberitahu orang tentang acara-acara yang diadakan untuk menyokong mereka.

    Soalan 3: Sebagai seorang pelajar di SST, kita boleh menggunakan ilmu kita dalam teknologi untuk menolong meningkatkan kesedaran orang awam tentang orang yang kurang upaya. Sebagai contoh, kita boleh membuat sebuah rakaman untuk ditonton oleh awam. Dengan ini, kita boleh memupuk minat mereka untuk bertolong orang yang menghadapi cabaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izzat.

      Suatu pandangan yang bernas. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  3. Kepada Aisyah, Abu, Mohit & Mikhael.

    Sila masukkan dapatan awak secepat mungkin. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Soalan 1: Dia ingin bekerja supaya dis boleh tolong orang lain yang seperti dia dan menjadi bertangungjawab unitk hidupan dia.

    Soalan 2: Media sosial tolong dia dapat sokongan daripada rami orang dan memberi orang seperti dia sebuah tempat untuk berkongsi cerita mereka.

    Soalan 3: Kita boleh membuat kesedaran tentang orang seperti Kashif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mikhael.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  5. Soalan 1 :

    Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mahu menjadi 'independent' dan dia mahu menunjukkan pada orang bahawa dia seperti orang yang sempurna.
    Soalan 2 :

    Dengan penggunaan media sosial, Kashif Edwards dapat tahu tentang orang lain yang menghadapi penyakait yang sama dengan dia. Dia juga boleh mendapat gaji untuk digunakannya.

    Soalan 3 : Kami boleh menggunakan teknologi untuk menyampaikan mesej tentang celebral palsy kepada orang lain. Dengan itu, mereka akan tahu tentang penyakit ini dan mereka akan tahu tentang keadaan Kashif Edwards.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohit.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  6. 1. Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mahu berdikari dan juga menolon orang lain yang seperti dia: orang yang dihadapi dengan cerebral palsy.

    2. Dengan media sosial, Kashif Edwards dapat membangunkan sebuah organisasi bernama 'I Am Speciable' di lelaman Facebook dan dia dapat berjumpa dengan orang-orang lain yang juga dihadapi dengan cerebral palsy sepertinya. Dia juga dapat memberitahu mereka tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan untuk mereka. Dia juga dapat bertemu dengan ramai orang lain yang tidak dihadapi dengan cerebral palsy dan dia dapat menual kemeja-T 'I Am Speciable' untuk mengumpulkan dana untuk mereka.

    3. Sebagai seorang pelajar SST, kami boleh menolong Kashif Edwards untuk menyebarkan mesejnya tentang cerebral palsy kepada lebih ramai orang, supaya mereka sedar tentang penyakit ini, dan mereka juga dapat menolong mereka, atau menderma kepada mereka. Kami juga boleh mengadakan pameran di dalam sekolah kami, ataupun di tempat-tempat awan seperti pantai atau di Kelab Masyarakat, untuk mengumpulkan lebih banyak dana untuk orang-orang yang kurang berupaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah.

      Suatu pandangan yang bernas. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  7. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013

    1. Mengapakah Kashif Edwards ingin bekerja?
    2. Bagaimana penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif?
    3. Sebagai seorang pelajar di SST, apakah yang kamu boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif?

    Soalan 1 : Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia baik hati serta hendak menghulur bantuan kepada penyakit Cerebral Palsy kerana dia sendiri kurang berupaya.

    Soalan 2 : Media Sosial dan Media Massa telah memberikan sebuah landasan untuk berkomunikasi dengan penyakit Cerebral Palsy lain. Sebuah laman web di facebook telah dihiaskan oleh keluarga Kashif Edwards pada hari jadinya untuk memulakan sebuah projek yang bertajuk "I am SpeciAble Movement". Laman web tersebut telah menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat Singapura serta ahli masyarakat global untuk derma atau memberi sumbangan kepada orang yang kurang berupaya atau penyaki Cerebral Palsy. Pengiktirafan yang didapati oleh project tersebut telah memberikan Kashif Edwards sebuah peluang untuk membuat sebuah dokumentari tentang impiannya. Ini dapat lebih menyebarkan mesejnya.

    Soalan 3 : Saya rasa bahawa perkara yang paling penting untuk membantu orang lain adalah untuk memahami kesukaran mereka serta tahu bagaimana kehidupan mereka berbeza daripada kehidupan orang lain. Jadi, sebagai pelajar SST, saya boleh bercadang kepada guru-guru tertentu untuk mengadakan sebuah ceramah dalam sekolah untuk mendidikkan pelajar tentang Cerebral Palsy. Selepas itu sebuah kempen derma yang melibatkan banyak pelajar dalam SST boleh dimulakan. Saya rasa ini boleh memberikan sebuah platform untuk dapat pelajar SST untuk mengekspresi diri mereka sambil memberikan mereka kemahiran untuk berkomunikasi kepada orang awam.

    -Abu :) (Maaf kerana lambat untuk masukkan dapatan ini :/ )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abu.

      Suatu pandangan yang memberangsangkan. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  8. Terima kasih atas sumbangan kamu.

    BalasPadam